Pada saat kita sekeluarga sedang bergembira meraikan perkahwinan salah seorang saudara kita.. Hakim pergi tinggalkan kami. Sekelip mata kegembiraan itu diragut dengan pemergian hakim.. Kami redha.. Cuma kami tak menyangka.. Pemergian hakim sekelip mata.. Terus terang.. tak sanggup kak yah melihat lelehan air mata ibu hakim... Kali terakhir kita bertemu semasa di majlis berinai. Bergurau mengenai sebiji telur rebus pengantin. Tak sampai 24 jam sebelum pemergian kamu sayang.
Namun begitu, alhamdulillah pemergian hakim di mudahkan. Kebetulan semua kaum keluarga telah berkumpul di kampung semasa pemergian hakim. Jadi, tidak ada apa lagi perlu ditunggu. Jenazah hakim terus di hantar ke tanah perkuburan dan dikebumikan jam 4 pagi. Walaupun kak yah tidak berkesempatan menatap wajah hakim buat kali terakhir... tetapi dari apa yang kak yah dengar... wajah hakim bersih, menguruskan jenazah hakim juga mudah.
Kemalangan yang menimpa hakim memang dasyat. Kaki dan tengkuk hakim patah, rahang hakim terkoyak, tangan hakim seperti digaris pisau, paling perit sekali.. orang yang melanggar hakim - LARI!
Sebaik tiba di kampung, kak yah terus ke kubur hakim bersama ibu dan abah hakim.. Kak yah lihat 4 orang sahabat hakim, ustaz dan ustazah hakim sedang membaca yasin di tepi kubur hakim. Ketahuilah sayang... Hakim beruntung mempunyai sahabat dan guru seperti itu.
Kak yah rasa, hakim tahu hidup hakim dah tak lama. Banyak petanda yang hakim tunjukkan tapi kami lansung tak perasan. Hakim tiba-tiba publish, mintak tolong tutupkan facebook kalau hakim dah tiada. Hakim asik cium tangan ibu walaupun hanya nak ke halaman rumah. Hakim sempat mintak maaf untuk dosa-dosa hakim pada abah selepas solat subuh hari kejadian. Hakim sempat pesan pada iffa untuk tolong jaga abah, ibu dan adik-adik kalau hakim dah tiada. Hakim sempat pesan pada yasmin untuk jadi perempuan yang baik dan belikan key-chain kenangan untuk yasmin sebelum pemergian hakim.
Bila kak yah dengar semua rentetan cerita yang berlaku, air mata kak yah memang tak berhenti mengalir. Jumaat malam, 1 hari sebelum pemergian hakim, kak yah mimpi adzam excident. Apa yang kak yah nampak dalam mimpi kak yah, wajah adzam berlumuran darah. Biasanya bila kak yah bermimpi, tak pernah kak yah terbawa-bawa hingga ke dunia nyata. Tapi mimpi tu memang lain benar impaknya. Pagi, sebelum pemergian hakim sempat juga kak yah bercerita perihal mimpi tersebut pada mak long. Mak long hanya suruh berhati-hati dan anggap sahaja mainan tidur. Mungkin itu juga petanda yang kami akan kehilangan hakim.
Tak pe lah sayang.. mungkin ajal hakim dah tiba. Kami semua redha dengan pemergian hakim. Kak yah doakan hakim di tempatkan bersama golongan orang yang beriman. Kak yah juga doakan ibu dan abah hakim akan kuat mengharungi dugaan ini. Sesungguhnya kami semua merasai kehilangan hakim. Insyallah...bila tiba masanya nanti, kita semua akan berkumpul di sana.
14 April 2012
Arwah hakim dalam kenangan
~ Al-Fatihah ~